Sunday, 23 August 2015

PENGENALAN MASYARAKAT MAJMUK

•Pada zaman pra kemerdekaan, pengasingan kaum sangat ketara. Sebahagian besar faktor yang menyebabkan jurang ini ialah dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British semasa pendudukan mereka di tanah air ini.

•Dirujuk kepada teori-teori yang pernah dikemukakan oleh pakar-pakar antropologi, misalnya Teori J.S. Furnval berhubung ciri masyarakat majmuk sebelum ini.
•Kelompok utama yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina India dan kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang terdapat Malaysia.
•Kewujudan masyarakat majmuk ini disebabkan oleh penjajahan negara, maka perpaduan dan integrasi telah dibentuk bagi menyatukan semua kaum tersebut.
•Penjajahan telah menggalakkan kedatangan orang cina dari Tanah Besar China dan orang india dari Benua Kecil India. Mereka dibawa untuk bekerja di lombong bijih atau ladang getah sebagai menjaga kepentingan sektor ekonomi ketika memerintah negara kita.


No comments:

Post a Comment