Sunday, 23 August 2015

MELAYU

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
Terdapat dua teori yang menyatakan mengenai asal-usul bangsa Melayu:

1.
Bangsa Melayu berasal daripada Yunnan
2.
Bangsa Melayu berasal daripada Sumatera

Pecahan suku kaum Melayu di Malaysia :
Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling, Minangkabau, Rawa dan Johor-Riau
Majoriti orang Melayu menganggap Tanah Melayu (Malaya) sebagai tanah orang Melayu.

Kesemua orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak semua yang beragama Islam merupakan orang Melayu.

Sejarah menunjukkan bahawa kawasan dimana orang Melayu tinggal ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu.
Penakrifan undang-undang  
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2).

Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

Bertutur bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura

SISTEM PENDIDIKAN MELAYU
Dua jenis pendidikan:
1)Sekolah vernakular melayu ataupun beraliran        inggeris
2)Sekolah beraliran inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan
:.Pelajar di sekolah-sekolah melayu hanyalah berbentuk pendidikan asas(kemahiran hidup)

EKONOMI MELAYU
Dari segi ekonomi, orang Melayu ramai yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri-industri tradisi yang berproduktiviti rendah.
Ini menyebabkan bangsa  Melayu merupakan bangsa yang paling miskin jika dibandingkan  dengan bangsa lain.

No comments:

Post a Comment