Wednesday, 26 August 2015

Sunday, 23 August 2015

KESIMPULAN

Masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum di malaysia ini mengamalkan semangat perpaduan dan integrasi bagi mengekalkan kesejehteraan negara bersama.

INDIA

Kehadiran orang India di Tanah Melayu boleh dikesan melalui sejarah kira-kira 2000 tahun yang lalu.

Mereka datang ke Tanah Melayu untuk aktiviti perdagangan. Sebahagian besar berasal dari India Selatan(Tamil Nadu).
Orang-orang daripada India juga terkenal sebagai penyebar agama Islam pada zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
Bagi masyarakat India, mereka dapat dipecahkan kepada beberapa kelompok lagi seperti Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh.
 Orang India di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan Kristian. Kebanyakannya adalah beragama Hindu. 
Mereka menggunakan Bahasa Tamil sebagai  bahasa perantara dalam perbualan sesama mereka

SISTEM PENDIDIKAN INDIA
Sekolah Tamil dibuka di estet-estet.
Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajarannya sangat rendah.
Tiada pelajaran pada peringkat menengah sangat rendah.

EKONOMI INDIA
Pada asalnya, orang India datang ke Malaysia dengan kemahiran dalam bidang perniagaan dan modal. Golongan Chettier terkenal sebagai pemberi pinjam wang.
Sekarang orang India di Malaysia berpendapatan rendah dan masih banyak yang terlibat dengan perladangan dan buruh kasar.
Namun terdapat juga yang terlibat dalam bidang perubatan dan guaman.

CINA

Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.

Orang Cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu Hokkien, Kantonis, Hakka, Hainan, Teochew dan Hailam.

Mereka berbeza antara satu sama lain dari segi loghat, adat resam, pengkhususan ekonomi dan kawasan tempat tinggal.

 Di negara kita kebanyakan orang Cina beragama Buddha namun terdapat juga yang beragama Toisme dan Kristian.

Dari segi bahasa, mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina di Malaysia.

SISTEM PENDIDIKAN CINA

Mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri.
Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah dibawa dari negeri China.
Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.

EKONOMI CINA
Bangsa Cina merupakan bangsa terkaya di Malaysia berdasarkan bancian yang dijalankan pada tahun 2006 dengan penguasaan 40.9% ekonomi negara.
Ramai daripada orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan seperti menjadi pedagang , peniaga dan tukang.
Mereka juga merupakan kaum terbesar yang terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan profesional seperti arkitek dan akauntan.

MELAYU

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
Terdapat dua teori yang menyatakan mengenai asal-usul bangsa Melayu:

1.
Bangsa Melayu berasal daripada Yunnan
2.
Bangsa Melayu berasal daripada Sumatera

Pecahan suku kaum Melayu di Malaysia :
Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling, Minangkabau, Rawa dan Johor-Riau
Majoriti orang Melayu menganggap Tanah Melayu (Malaya) sebagai tanah orang Melayu.

Kesemua orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak semua yang beragama Islam merupakan orang Melayu.

Sejarah menunjukkan bahawa kawasan dimana orang Melayu tinggal ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu.
Penakrifan undang-undang  
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2).

Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

Bertutur bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura

SISTEM PENDIDIKAN MELAYU
Dua jenis pendidikan:
1)Sekolah vernakular melayu ataupun beraliran        inggeris
2)Sekolah beraliran inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan
:.Pelajar di sekolah-sekolah melayu hanyalah berbentuk pendidikan asas(kemahiran hidup)

EKONOMI MELAYU
Dari segi ekonomi, orang Melayu ramai yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri-industri tradisi yang berproduktiviti rendah.
Ini menyebabkan bangsa  Melayu merupakan bangsa yang paling miskin jika dibandingkan  dengan bangsa lain.

TINGKAT TAHAP INTEGRASI

TAHAP SEGREGASI
proses atau suasana pengasingan dan juga  pemisahan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. awamwujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya (seperti dasar aparthied di Afrika).
Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan:
  1) kawasan tempat tinggal
  2) sistem persekolahan
  3) pengangkutan

  3) kemudahan

TAHAP AKOMODASI
Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yang lain tetapi pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing (Pluralisme)

TAHAP AKULTURASI
Dalam antropologi kebudayaan terdapat dua istilah tehnis yang berakar kata sama, yaituakulturasidanenkulturasi’. ‘Akulturasisinonim dengankontak-budaya’, yaitu pertemuan antara dua budaya berbeda dan perubahan yang ditimbulkannya. Sedangkanenkulturasimenunjuk pada proses inisiasi seorang individu ke dalam budayanya.

TAHAP ASIMILASI
  • Proses Asimilasi adalah merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu yang datang dari etnik dan kebudayaan yang berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan
  • Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan secara berlainan, akhirnya bersatu dlm kesatuan sosial serta budaya yang sama.
TAHAP AMALGAMASI
Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.